June 11, 2012

Ahlan Wasahlan to Truly Muslimah Inspired

Bismillahirrahmannirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya diizinkan untuk kita bernafas dan meneruskan perjalanan di dunia menuju akhirat sehingga saat ini..

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Surah Al-Asr


Alhamdulillah diilhamkan oleh-Nya untuk sama-sama merancakkan alam perniagaan pakaian muslimah di tanahair -Malaysia ini. Semoga impian admin diizinkan oleh-Nya untuk sukses di masa hadapan, insyallah.

Insyallah,  Truly Muslimah Inspired (TMI) ini diwujudkan untuk memudahkan muslimin dan muslimat di luar sana untuk mendapatkan stok jubah dan abaya yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Membeli belah secara online bukan sahaja dapat menjimatkan masa muslimin dan muslimat sekalian, ianya juga dapat menjimatkan kos dan juga tenaga yang perlu dikeluarkan.

Penubuhan    Truly Muslimah Inspired (TMI)  juga berteraskan kepada kesedaran admin kepada perlunya usaha kita sebagai umat Islam dalam memartabatkan dan mempromosikan pakaian muslimah yang berlandaskan syariat agama ini. Insyallah, setiap perbuatan yang didahului dengan niat yang baik akan mendapat pertolongan dari Allah swt.

Semoga kita sama-sama sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan dengan kesabaran...Admin mengucapkan selamat datang ke TMI dan selamat membelibelah kepada semua..

P/s: Insyallah, admin akan mula update stok dari 18 June 2012 bersamaan 28 Rejab 1433..sekarang masih dalam stage mengumpulkan stok. Sekiranya anda mempunyai idea atau cadangan produk yang ingin admin masukkan kedalam produk TMI,sila pm atau tinggalkan komen di TMI.

Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh..Jazakillah..